16 November 2013

Kenangan.

Semuanya bermula daripada tahun 2012. Tahun yang memberikan aku kenangan yang pahit. Dan kenangan yang manis. Semuanya hanya tinggal sejarah dan akan menjadi kenangan yang abadi. Tahun 2012 juga, menjadikan aku sebagai seseorang. Seseorang yang lebih matang. Seseorang yang lebih dewasa. Selepas menamatkan zaman SPM, tidak pernah terlintas untuk aku meneruskan perjalanan hidupku sebagai seorang pelajar. Sekali lagi. Tetapi, rezekiku adalah di STPM. Sekali lagi, aku akan bergelar sebagai seorang pelajar sekolah. Memakai tudung putih. Baju kurung putih. Tidak ada bezakan dengan zaman SPM, PMR. Yang membezakan hanyalah kain. Ya. Kain sekolah yang berwarna hitam.



Terkenangkan kenangan ini, Azima Mohd Zain yang menjadi penguat aku untuk melangkah ke Tingkatan6. Sedangkan hati kuat mengatakan tidak. Tetapi, demi masa depan, harusku tempuhi. Sekolah yang menjadi pilihan, adalah sekolah lamaku, iaitu Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar. Sekolah yang telah memberikan aku sebuah harapan untuk berjaya sekali lagi. Pertama kali aku menjejakkan kaki untuk mendaftar, kakak senior datang menjemputku. Memberikan senyuman yang ikhlas dan tulus. Ibu sedia menemani memberikan semangat. Selesai pendaftaran, bermulalah kisahku sebagai pelajar Tingkatan6, STPM, dan sekali lagi, HOSTELITE. 

Kurniaan Allah SWT terhadapku, apabila DIA memberikan aku guru-guru yang telah menganggap kami sebagai anaknya. Hubungan yang terjalin antara kami, bertambah rapat. Setiap hari, diberikan kata semangat. Kata dorongan untuk meneruskan kehidupan. Selain mereka, aku juga ditemani oleh rakan-rakan yang pelbagai ragam. Rakan-rakan yang menjadi penghibur di kala duka. Rakan yang menjadi pendengar setia kepada masalahku. Rakan yang menjadi doktor dikala aku menanggung demam pening. Rakan yang menjadi peneman dikala kesunyian. Dan rakan yang menjadi keluarga dikala memerlukan. 




Sesungguhnya. Mengenali mereka, adalah kenangan yang terindah sepanjang aku bergelar pelajar tingkatan 6. Segala susah senang kami hadapinya bersama-sama. Dalam setiap perhubungan yang terbina, tak semuanya sempurna. Pasti akan ada ketidakpuasan antara satu sama lain. Tetapi, sebagai seseorang yang semakin menginjak dewasa, pandanglah sesuatu menggunakan mata hati. Balaslah setiap perbuatan dengan tindakan yang positif dan akan memberikan faedah kepada semua pihak. Setiap hari, kami akan bergelak ketawa. Bersantai setiap kali mempunyai masa. Tetapi, akan menyepi, tatkala buku dihadapan. Fokus utama akan diberikan perhatian. Dalam kelas, suara guru kadangkala umpama dodoian manja untuk kami melelapkan mata. Dan kerusi meja juga adalah katil yang terindah untuk merehatkan minda. 


Masa pantas berlalu meninggal kita. Sedar tak sedar. hampir setahun setengah kita bersama. Betapa singkatnya masa kita bersama-sama. Selepas ini, semuanya akan melangkah ke dunia masing-masing. Tiada lagi sebilik, tiada lagi gelak ketawa, tiada lagi kestressan bersama-sama dan tiada lagi semuanya. Ya Allah. pasti akan merindui kalian. Awak awak semua, terima kasih kerana mewarnai kehidupan. Tanpa korang, pasti dunia kelam. 


Fatin Sri Handayani Binti N. Sujari. Nuraini Binti Shukur. Ain Hafizah Binti Mohammad Ali. Mulyani Suhaila Binti Ahmad Tuah.  Miza Atikah Binti johan Marsh. Melangkahlah walau apapun dugaan melanda. 





No comments: